February 21, 2007
Erm, dah lama Fini x sambung tulis kat blog ni, dulu memain je testing. Actually, arini tgh boring sgt...since dh hijrah dr tmpt lama ke tmpt bru (haha..belakang blok ja), rs mcm lain ja. Dulu suasana berbeza, boleh berkomunikasi, bergurau, menangis dan mcm2 lg. Sekarang sgt berbeza, nak bercakap pun ngan sape? Tapi Fini tetap yakin yang tiap sesuatu tu ada hikmahnya. Dulu dr x de kwn sgt, jd ada kwn, ada shbt, skrg sunyi balik, cam mula2 dtg merantau kat sini. Apapun hidup mesti diteruskan. Pi keje, blik keje, dok umah. Itu dh rutin harian.
Pernah terbaca satu artikel ttg persahabatan, dalam pershbtan ada expired date? Betul ke? Memula Fini percaya sbb pernah suatu ketika, rs cam dh smpi expired date. Tp alhamdulillah, kmi still shbt smpi skrg. Yang penting ada sikap x nak putus asa dan berbincang. Semua pun ok, insyaAllah. Fini fikir bukan la maknanya kalu kita dh x berhubung dgn kwn or shbt bermakna kita dh putus kwn or shbt, kekadang manusia ni berubah mengikut keadaan dan waktu. Pernah dgr x, best fren ikut tempat. Maksud Fini, jika kita imbas balik, kita pernah ada best fren bg setiap peringkat, sek.ren, men., dan hinggalah ke zaman kita dh bkerja atau mungkin zaman kita jadi ibu2 nti, best fren pun berubah.
Tapi ni semua x bermakna, kita dh lupakan shbt kita tu kan? Fini percaya shbt or kwn kita pun ada shbt baik yg lain, mengikut keadaan dan waktu. Tak bermakna kita dh lupakan segala pahit, manis, senda gurau dgn shbt kita yang dulu. Tak mungkin berganti tu semua.
Apapun kita kena terima hakikat ini, yang masa beredar. Yang lepas tetap akan jadi kenangan manis utk kita semua. Yang pasti skrg dan akan dtg, bagaimana kita nak menanganinya. Yang sudah tu, sudah la...dikenang hanya utk kenangan manis dan dijadikan iktibar. Usah ditangisi yang lepas, atau dikesali. Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya, ada pengajaran utk diri kita masing2. Fini x pernah menyesal didtgkan dgn ujian begini. Banyak mengajar Fini erti kemaafan sebenarnya, erti tolak ansur, erti untuk sentiasa terima kelebihan dan kekurangan, erti utk meluahkan, erti utk sentiasa menghargai dan erti utk tidak lekas marah dan banyak lagi.
Menyayangi x bererti memiliki, menyayangi x bererti disayangi kembali, yang pasti kita senang dan gembira dengan semua ni. Menangisi bukan erti menyesali, tp sekadar terapi utk diri sendiri. Fini rasa semuanya berbalik semula pada cara kita 'react' pd setiap apa yg berlaku. Jika kita beri reaksi positif, maka insyaAllah akhirannya juga positif, sebaliknya juga begitu.









No comments:
Post a Comment